BLOG DUKE AMIENE REV

Rabu, Ogos 16, 2006

Calon-calon Anugerah Amiene Rev: Kategori Website Antarabangsa Terbaik

Time.Com telah menyenaraikan 50 laman web sebagai finalis "50 Coolest Website". Namun ada juga laman web yang tersenarai itut tidak sesuai untuk rakyat Malaysia jika diteliti dari segi fungsinya. Oleh itu, saya memutuskan untuk menyenaraikan kembali laman web-laman web antarabangsa berikut untuk dinilai dan dikategorikan semula. Buat sementara waktu, laman-laman web ini disenaraikan dengan secara ringkas seperti di bawah. Ulasan berikutnya akan dibuat pada masa-masa lapang yang saya ada dan apabila mood saya baik. Ngeh heh he.


Amazon.com
Amazon merupakan laman web membeli belah dalam talian yang paling popular setakat ini. Terdapat 34 kategori barang-barang jualan. Penjualan buku merupakan aktiviti tulang belakang Amazon. Amazon turut menyediakan kemudahan untuk membolehkan para pembaca berbalas mesej dengan penulis kegemaran mereka menerusi AmazonConnect.


Apple Movie Trailers
Anda ingin melihat wartawan pelik dalam rocketboom.com? Anda perlukan Quicktime. Apple Movie Trailer adalah laman web yang menyediakan beratus-ratus trailer yang boleh ditonton menerusi Quicktime Player.


Blogger
Daya tarikan blogger terletak pada rekabentuk asasnya yang ringkas dan menarik. Blogger menyediakan kemudahan dan peralatan untuk menulis blog secara percuma. Diperkuatkan lagi dengan pengaruh Adsense yang membolehkan penulis blog mencari pendapatan sampingan dengan mempamerkan iklan di blog masing-masing. Blogger juga telah menjadi tempat berkumpulnya ramai penulis terkenal di Malaysia. Bintang-bintang blogger yang terkenal adalah seperti BlueHikari, Yasmin Ahmad, Tok Rimau, Afdlin Shauki, Faisal Tehrani, Ainon Mohd dan ramai lagi.

Drudge Report
Laporan berita panas antarabangsa boleh didapati di sini.

Ebay
Ebay merupakan salah satu nama web yang menyediakan kemudahan jual, beli dan lelong barang-barang dalam talian yang popular di Malaysia. Juga menyediakan kemudahan menulis blog dan voice call.

ESPN
Jika anda meminati sukan, ESPN merupakan laman web pilihan pertama anda. Pelbagai kemudahan


Factcheck.org
Anda ingin memahami situasi politik di U.S? Laman web ini menekankan kebenaran fakta untuk mengelakkan kekeliruan umum terhadap politik U.S


Flickr
Fungsi asalnya sebagai penayang gambar-gambar peribadi secara awam. Menyedari budaya blog yang semakin tersebar secara global, Flickr melangkah ke hadapan dengan menyediakan fungsi blog.


Google
Boleh dikatakan enjin carian laman web yang tidak terkalah. Google menakluki hampir semua bidang yang berkaitan penyebaran informasi dengan konsep mesra pengguna. Terdapat banyak aplikasi percuma seperti Spreadsheets, Calendar , Picasa dan Gmail. Fungsi-fungis lain adalah seperti Google Scholar, Google Finance (nice charts!); Google Maps, Googletutor.com, The Internet Movie Database dan banyak lagi.


Lifehacker
Panduan berkaitan dengan komputer boleh ditemui dalam laman web ini. Layari juga GizmodoSlashdot.org


The Museum of Modern Art
Pelajari dan hayati mengenai kesenian menerusi laman web muzium seni.


Netflix
Laman web yang menyediakan khidmat penyewaan DVD yang terbesar di dunia.


National Public Radio
Berita berita semasa.


The Onion
Boleh percayakah? Terpulanglah. Baca berita untuk suka-suka. Percaya jangan banyak kali, cukuplah untuk kali pertama.


Rotten Tomatoes
Di sini terhimpunnya ulasan dan kritikan filem. Begitu juga dengan Movies.com.


Shopzilla
Satu lagi dunia perdagangan dalam talian. Jangan lupa juga layari Become.com.


Technorati
Jika anda memiliki blog, jangan lupakan Technorati. Laman web ini dapat membantu anda memudahkan blog anda dicari. Sekejap lagi lepas menulis entri ini saya akan ke technorati. Itu pun jika talian internet masih baik. Jangan lupa untuk ke Discover dan Sphere.


Television Without Pity
Kelakar.


The Smoking Gun
Pelbagai berita menarik. Nikmati buah tangan pendapat daripada James Frey


Wikipedia
Laman Web kegemaran saya. Ensiklopedia yang sangat hebat!


Yahoo!
Enjin Carian Laman web yang merupakan pesaing terhebat Google. Yahoo dan Google adalah seperti dua ekor gajah dalam realiti maya. Selain kemudahan e-mel, laman web, blog dan foto. Juga beberapa fungsi lain.


Zappos.com
Kedai kasut dalam talian.